Isnin, 14 Mac 2016

5 Organ Deria Manusia dan Rangsangannya

Deria sentuhan menggunakan organ kulit
Organ Deria: Kulit
Rangsangan : Sejuk, Haba, Sakit, Sentuhan, Tekanan
# Kulit merupakan organ terbesar pada badan manusia

Deria bau menggunakan organ hidung
Organ Deria : Hidung
Rangsangan : Bahan Kimia dalam udara

Deria rasa menggunakan organ lidah 
Organ Deria : Lidah
Rangsangan : Bahan Kimia dalam makanan

Deria pendengaran menggunakan organ telinga
 Organ Deria : Telinga
Rangsangan : Bunyi

Deria penglihatan menggunakan organ mata
 Organ Deria : Mata
Rangsangan : Cahaya 

Contoh Peribahasa untuk PT3


  1. Bagai cincin dengan permata
  2. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
  3. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
  4. Bagai lintah menghisap darah
  5. Nasi sudah menjadi bubur
  6. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
  7. Bagai murai dicabut ekor
  8. Bagai katak di bawah tempurung
  9. Kaki ayam
  • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
  • Ringan tulang, berat perut.
  • Ada udang di sebalik batu.
  • Biar titik jangan tumpah.
  • Indah khabar daripada rupa.
  • Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut.
  • Jauhari jua yang mengenal manikam.
  • Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.
  • Alah membeli menang memakai.
  • Alang-alang mandi biar basah.
  • Kalau tak berada-rada, tak akan tempua bersarang rendah.Bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
  • Seperti api di dalam sekam.
  • Seperti lintah menghisap darah
  • Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
  • Genggam bara api biar sampai jadi arang.
  • Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
  • Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.
  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
  • Bagaimana acuan begitulah kuihnya.
  • Umpama orang mengantuk disorongkan bantal
  • Seperti harimau menyembunyikan kukunya.
  • Seperti embun di hujung rumput.
  • Sudah terantuk baru terngadah.
  • Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
  • Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
  • Jauh berjalan luas pandangan.Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung.
  • Seperti hujan jatuh ke pasir.
  • Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
  • Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Khamis, 3 Mac 2016

Rangkaian Komputer

Sistem Rangkaian Komputer


1.Pengenalan Sistem Rangkaian.
lan.jpg
  • Rangkaian komputer bermaksud sambungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
  • Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang jauh.
  • Rangkaian komputer menggunakan kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit dan infra red.
2.Jenis-jenis Rangkaian
Terdapat 3 jenis rangkaian secara asasnya iaitu :
  • MAN (Metropolitan Area Netword)
  • Wan (Wide Area Network)
  • Lan (Local Area Network)
2.1 MAN (Metropolitan Area Network)
wan.jpg
  • Satu jaringan yang meliputi satu kawasan yangluas tetapi masih terbatas kepada suatu tempat yang sama.
  • Contohnya campus universiti, sekolah bandar dan sebagainya.
2.2 WAN (Wide Area Network)
wan.gif
  • WAN dalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya.
  • Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura.
  • Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit.
2.3 LAN (Local Area Network)
lan.gif
  • LAN ialah rangkaian setempat
  • Beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian.
  • Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.